Dengan era teknologi terkini, begitu mudah manusia mengenali antara satu sama lain. Walaupun begitu jangan dilupakan pada amalan akal umbi di dalam pembentukan ikatan persahatan yang berkekalan dan sempurna. Dahulu apabila persekitaran gelap gelita dan hidup hanya dipenuhi jiran tetangga sudah pasti situasi bertegur sapa menjadi tradisi agung dalam memenuhi tuntutan sehari-hari. Ingatlah semua telah berubah tetapi tidak salah jika kita mencontohi yang terbaik kerana ianya memberi keuntungan untuk generasi akan datang. Hal ini tidak membuatkan kita menjadikan individu yang tidak peka pada era kemodenan tetapi percayalah satu hari nanti ada mulut akan berkata "anak siapa tu? baik sungguh budi pekerti."
Salam perkenalan buat anda semua. Luahan rasa yang saya rasa harus disampaikan agar semua sedap tentang kepentingan menghargai insan lain lalu tercetuslah rasa kasih sayang. Mungkin di kemudian hari kita semua akan berkasih sayang melalui perkongsian cerita yang bakal disampaikan kepada anda oleh insan yang bernama Faris Firdaus@ FAR!$ da M.A.C. MARVELLOUS. AMAZING. CONFIDENT.
Ahad, 15 November 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan